Soal Jawab Bersama Dr RushminiCategory: PelangsinganAnak berusia 18 tahun mengalami masalah obesiti
drrushadmin Staff asked 1 year ago

Doktor,
 
Anak gadis saya yang berusia 18 tahun dan  mengalami masalah obesiti. Sebagai ibu saya sangat risau melihat keadaan beliau, tambahan pula dia bakal menjejakkan kaki ke menara gading tak lama lagi. Saya ada menegur, tetapi dia merajuk dan mudah sensitif. Hal ini membuatkan hubungan mesra antara kami seolah olah hilang. Bagaimanakah caranya untuk saya membantu dia tanpa mengguris perasaanya? Saya amat berharap Dr dapat membantu masalah saya ini. Sharlina Othman – Melaka

1 Answers
drrushadmin Staff answered 1 year ago

Puan yang disayangi,

Saya mengucapkan tahniah kepada Puan yang berusaha menjadi seorang ibu yang prihatin.

Usia remaja merupakan usia yang hijau dan mentah. Pada masa ini remaja mula mencari cari identiti dirinya. Seorang remaja yang obese sudah tentu merasa rendah diri lantaran dirinya yang menjadi perhatian masyarakat. Besar kemungkinan anak Puan megalami masalah metabolik rendah.

Bagi penghidap masalah metabolic rendah, semua makanan yang di makan tidak akan menjadi tenaga, sebalik nya menjadi lemak semata mata. Ini menjadikan individu itu cepat lapar dan keletihan. Sudah tentu dia kecewa dengan dirinya kerana dia sudah pun berdiet tetapi gagal dan menganggap teguran puan tidak membina bahkan mengkritik dirinya. Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik di sebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit.

Air ini merupakan sejenis bahan berlendir dan berlemak juga. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembab dan tidak bercahaya.Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang di miliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak mereka ini kurang minum air .Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas. Dan  tidak tahan cuaca terlalu sejuk juga.Tubuh mereka sukar mengadaptasi terhadap perubahan cuaca. Cuaca sejuk atau panas membuat hati merasa gelisah dan tertekan. Perasaan mereka mudah tersentuh dan sensitif.

Jadi sebaiknya puan membantu memberikan lebih banyak kata-kata semangat untuk beliau. Untuk mendapatkan konsultasi lanjut, puan boleh datang ke klinik saya. Kami ada menyediakan program yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah metabolik rendah ini.