fbpx
 

PENGENALAN BENGKEL

Wanita pada masa kini adalah setanding dengan kaum adam. Fakta, kebanyakan penuntut di universiti masa kini majoritinya terdiri daripada golongan wanita. Tahap kecerdasan mental wanita dalam zaman serba maju ini amatlah mengagumkan. Namun begitu, tidak ramai wanita berjaya meletakkan diri mereka di kerusi kuasa atasan dalam kebanyakkan organisasi apabila berada dalam dunia pekerjaan.

Situasi ini terjadi kerana berlakunya kekangan dalam kehidupan wanita dari segi mental dan emosi lebih-lebih lagi apabila wanita sudah mula berumahtangga dan melahirkan zuriat. Komitmen dan tanggungjawab pada keluarga seringkali membuatkan wanita tidak dapat mengejar arus perjalanan dunia pekerjaan yang sangat pantas.

Wanita seringkali mengaku kalah, mula menyerah kepada tekanan, menjadi tidak sihat dan akhirnya memilih untuk berhenti bekerja bagi menguruskan rumahtangga. Namun begitu, adalah amat penting bagi setiap wanita untuk memastikan kesihatan diri, kecantikan serta kestabilan minda mereka berada pada tahap yang optimum bagi melangsungkan kehidupan seharian mereka dengan lebih bermakna.

OBJEKTIF

Objektif bengkel ini adalah untuk membina kesedaran dan kemahiran dalam hal-hal seperti berikut:

  • Kesihatan
    • Mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan yang optima
    • Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang seringkali dihidapi wanita bekerjaya
    • Asas kesihatan mental dan minda
    • Asas pemakanan yang sihat dalam kehidupan yang sibuk
  • Kecantikkan
    • Teknik untuk kelihatan cantik dan bertenaga
    • Mengenalpasti punca dan risiko yang membuatkan wanita menjadi lebih tua daripada usia sebenar
  • Keyakinan diri
    • Penjenamaan diri
    • Mengenalpasti teknik untuk mendapatkan keyakinan diri
    • Mengenalpasti potensi diri dan menggunakannya

PESERTA YANG PERLU HADIR :

  • Wanita berusia 20 hingga 60 tahun, yang belum dan sudah berkahwin.
  • Wanita yang mahu memulakan langkah baru dalam kerjaya
  • Wanita yang mempunyai kerjaya yang sangat mencabar dan tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
  • Wanita yang kurang keyakinan diri.

PESERTA AKAN BELAJAR TENTANG :

  • Mengenalpasti cara yang tepat untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan yang optima
  • Mengenalpasti punca gangguan mental
  • Mengetahui bagaimana untuk mengelak daripada mengidap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tekanan pekerjaan
  • Belajar tentang menghadapi penyakit dan tekanan serta bagaimana untuk menyelesaikannya
  • Belajar memilih makanan yang sesuai untuk kehidupan bekerjaya yang sangat sibuk
  • Mempelajari tentang teknik-teknik kecantikkan
  • Mempelajari cara untuk melakukan penjenamaan diri
  • Belajar teknik mendapatkan keyakinan diri dan mengenali potensi diri serta cara untuk menggunakannya

BAGAIMANA PESERTA AKAN MENDAPAT MANFAAT?

  • Membantu dalam menggalakkan dan mengekalkan kesihatan badan dan mental yang baik
  • Menggalakkan kehidupan yang sihat
  • Mengelakkan penyakit kronik
  • Menikmati keseronokkan alam pekerjaan tanpa tekanan
  • Membantu dalam meningkatkan tahap keyakinan diri
  • Mengalakkan penjenamaan diri yang lebih baik

METODOLOGI BENGKEL

  • Ceramah daripada penceramah jemputan
  • Konsultasi
  • Sesi soal jawab
  • Demonstrasi 

NILAI-NILAI YANG DIBAWA PULANG

  • Peserta dapat mempelajari pelbagai ilmu dan teknik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka
  • Membuka minda tentang dunia wanita dan meningkatkan keyakinan diri

TOPIK PILIHAN

Anda bebas untuk memilih mana-mana topik di bawah yang anda ingin doktor huraikan sewaktu bengkel yang akan anda anjurkan.

TOPIK KESIHATAN & ANTI PENUAAN

  1. Bagaimana Hormon Mempengaruhi Anda
  2. Pulihkan Hormon Yang Rosak
  3. Nutrisi Hebat Bagi Kehidupan Sihat
  4. Tingkatkan Kesihatan Dan Stamina Dengan Pemakanan Sihat

TOPIK KESIHATAN & BERAT BADAN

  1. Pulihkan Hormon Untuk Kurus
  2. Masalah Hormon Dan Jenis Tubuh (Body Type)
  3. Teknik Langsing Pantas

TOPIK KECANTIKAN

  1. Tips Tingkatkan Kolagen Pada Kulit Secara Semulajadi
  2. Makan Untuk Cantik Dan Sihat
  3. Teknik Hilangkan Kedutan
  4. Cara Hapuskan Pigmentasi

KESIMPULAN

Bengkel ini  adalah sebuah program bersepadu yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah kesihatan dan kesedaran mental, gaya hidup sihat, kecantikkan, kesedaran dan keyakinan diri, penjenamaan serta pembangunan kendiri.

Kami percaya bahawa bengkel ini akan meningkatkan dan memperkukuh pengetahuan ramai wanita demi membina sebuah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Klik di sini untuk menjemput Dr Rushmini >>>

JEMPUT DR RUSHMINI

Berikut adalah gambar dan VIDEO jemputan Media dan Bengkel yang telah dihadiri Oleh Dr. Rushmini Maris

Video Bengkel yang dihadiri oleh DR.Rushmini Maris Bersama UTUSAN MALAYSIA

Jemputan TV (THE NATION)

Jemputan UTUSAN MALAYSIA

Jemputan Video BERNAMA TV yang dihadiri Oleh Dr. Rushmini Maris

Jemputan TV1 (SELAMAT PAGI MALAYSIA)

 Jemputan TV3 (NONA)

 Jemputan TV3 (NONA)

Bengkel Marissa Slimway yang dihadiri oleh DR.Rushmini Maris Bersama Peserta

Suasana Real Time Bengkel Bersama Dr Rushmini

Klik di sini untuk menjemput Dr Rushmini >>>

JEMPUT DR RUSHMINI

PROFAIL DR RUSHMINI MARIS ISMAIL

Dr. Rushmini Maris Ismail merupakan doktor yang berkelulusan dari Kolej Perubatan Kasturba, India (MBBS) pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di beberapa klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dan swasta sebelum membuka kliniknya sendiri 15 tahun yang lalu.

Beliau memulakan dengan membuka klinik pesakit luar. Setiap hari beliau didatangi oleh pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Beliau juga melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.

Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura. Setelah tamat pengajian, beliau membuka sebuah pusat kecantikan dan anti-penuaan sendiri. Tujuan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, ia juga untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.

Dr. Rushmini Maris Ismail, Pakar Perubatan Estetik & Anti-Penuaan

Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan di klinik. Beliau juga giat menulis artikel-artikel yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Selain menulis artikel, beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Catatan Kehamilan” yang di ulang cetak beberapa kali. Beliau berhasrat menjadi seorang penulis yang versatile dan bakal menerbitkan buku baru tidak lama lagi.

Antara pencapaian Dr Rushmini Maris

1) Merupakan salah seorang pakar aesthetic dan anti penuaan di Malaysia

2) Pengasas Marissa Aesthetic & Anti-Aging Centre & Poliklinik Penawar Semenyih sejak tahun 2007

3) Pernah berkhidmat di hospital dalam department bius, accident and emergency, obstetric and gynekologi

4) Pernah menyertai latihan aesthetic dan mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura.

5) Pernah menyertai “Medical Laser Training Course Programme” di Florence, Italy

6) Pernah menyertai “30-hours Training Course in Serdeve Sutures in Aesthetic Surgery”.

7) Pernah menyertai kursus “Insertion And Removeal Training”

8) Pernah menghadiri “Kursus Doktor Kesihatan Pekerja (Modul II)”

9) Pernah menjadi penceramah untuk “Bengkel Transformasi Wanita Muslimah” di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga Panji.

10) Pernah menjadi penceramah untuk bengkel kecantikan anjuran Persatuan-persatuan Koperasi Wanita (SOHO)

11) Pernah menjadi penceramah untuk program bersama PERKEP di Kota Bharu.

12) Pernah menjadi speaker untuk “Program Team Integration Pegawai dan Isteri Pegawai INTAN”

13) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Soal Wanita” di TV Al-Hijrah

14) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Wanita Hari Ini” di TV3

15) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan FEMINA” di TV1.

16) Pernah menjadi tetamu jemputan untuk “Rancangan Safiyya” di TV9

17) Menulis artikel-artikel kesihatan dan kecantikan untuk akhbar Utusan, Berita Harian, dan juga majalah Mingguan Wanita

18) Telah mengeluarkan buku yang bertajuk “Catatan Kehamilan”.

19) Penceramah jemputan slot speaker corner sempena sambutan hari wanita peringkat KBS (Kementerian Belia dan Sukan)

Klik di sini untuk menjemput Dr Rushmini >>>

JEMPUT DR RUSHMINI

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

    Tujuan (*)

    Scroll to top