You are currently viewing Masalah Rambut Gugur & Kulit Kepala

Masalah Rambut Gugur & Kulit Kepala

[av_one_full first min_height=” vertical_alignment=” space=” custom_margin=” margin=’0px’ padding=’0px’ border=” border_color=” radius=’0px’ background_color=” src=” background_position=’top left’ background_repeat=’no-repeat’ animation=” mobile_breaking=” mobile_display=”] [av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” admin_preview_bg=”]

Masalah Kelemumur

Soalan :

Assalamualaikum..saya Muhammad Hakim, berumur 23tahun, berasal dari Tanjung Malim, Perak. Saya berkerja sebagai penjual insuran di kuala Lumpur. Saya mengalami masalah kelemumur sejak di bangku sekolah lagi. Jika saya memakai pakaian berwarna gelap, rakan-rakan akan menegur kerana kelihatan habuk-habuk putih di bahagian bahu saya. Masalah ini menjadikan saya tertekan dan saya tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai kerana bidang pekerjaan saya memerlukan saya berhadapan dengan orang ramai untuk mendapatkan klien. Masalah ini menyebabkan saya lebih suka berkurung di rumah dan tidak melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Saya ingin mengetahui apakah faktor yang menyebabkan kelemumur dan cara untuk saya mengatasi masalah ini? Selain itu. Bagaimana untuk merawat dan mencegah masalah kelemumur yang telah sekian lama saya alami ini?
Apa itu kelemumur?
  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah :

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
Bagaimana untuk merawat kelemumur?
  • Gunakan syampu anti-kelemumur

Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:

  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?

  • Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:
Keadaan Ciri-ciri
Kulit kering · Gatal· Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic dermatitis  · Kulit kemerahan dan berminyak· Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan · Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan pangkal peha
Psoriasis  · Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat· Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut · Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan
Contact dermatitis  · Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik· Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu
[/av_textblock] [/av_one_full]

Leave a Reply