You are currently viewing Masalah Kuku Berkulat

Masalah Kuku Berkulat

Saya Remy berasal daripada Tanjung Karang, masalah saya ialah mengenai kawan saya ni (Mat nama nya), sebagai kawan saya pun nak tolong dia tapi saya tak tahu bagaimana nak tolong dia.Kuku kaki dia dah rosak dan mendatangkan bau yang memang tak selesa,saya hanya cakap pada dia pergilah berjumpa doktor yang boleh merawat kuku kaki yang dah rosak dan berbau tapi dia takut kukunya di cabut.Bagaimana caranya untuk saya menolong kawan saya ni?
JAWAPANNYA ►Kuku juga mudah dijangkiti fungus atau kulat, terutama pada kaki yang sering memakai kasut, persekitaran gelap, lembab dan hangat adalah ciri utama menggalakkan pembiakan kulat.Selain muka, anggota yang selalu menjadi perhatian orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku. Kuku boleh menjadi lambang keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara keseluruhan.Mungkin kawan anda tidak sedar jika masalah kulat atau fungus mula menjangkiti satu atau lebih pada kukunya. Daripada titik kecil berwarna kekuningan di hujung kuku tangan atau kaki, ia boleh memburuk hingga menyebabkan warna kuku berubah menjadi gelap, mengeras, hilang lapisan berkilat, bergerigi, kehilangan bentuk asal dan teksturnya menggerutu.Bentuk kuku juga berubah dan terangkat daripada lantai kuku, menyebabakan anda berasa sakit serta timbul masalah bau yang kurang menyenangkan. Keadaan seperti ini akan memalukan diri sendiri kerana rupa kuku yang mengundang perasaan geli lagi berbau dan walaupun hanya dengan melihatnya, ianya akan mengundang kepada suasana yang tidak selesa.Sebelum semakin merebak dan membuat orang lain tidak selesa, jalanilah rawatan dengan segera. ►Kuku kita dihasilkan daripada sejenis protein dipanggil keratin.Walaupun kuku boleh dikatakan antara tisu terkuat dalam badan, ia mudah mengalami masalah dan menjadi lemah, pecah, berbau atau tumbuh terlalu perlahan.Masalah kuku biasanya disebabkan jangkitan kulat dan lama kelamaan ia boleh rosak dan tertanggal.Jangkitan kulat ini bukan sahaja boleh berlaku dari kuku kaki ke kuku tangan seseorang, bahkan boleh disebar pula oleh agen air.Dan tidak dinafikan tempat-tempat seperti kolam renang awam dan bilik air juga lokasi ideal untuk kulat ini menjangkiti orang lain. ►Apabila kulat mula menghuni kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat.Namun, ia boleh dibasmi jika seseorang berdisiplin, jaga kebersihan diri, amalkan hidup yang sihat serta jalankan rutin rawatan dengan baik dan terperinci. MENGELAK SERANGAN FUNGUS ATAU JANGKITAN SEMULA: ►Kuku sentiasa pendek, kering, dan bersih. ►Potong kuku kaki melintang dan buang bahagian keras pada hujung kuku. ►Keringkan kaki terutama pada celah jari setiap kali selepas cuci atau mandi. ►Pakai stokin, lebih baik pembuatannya daripada kain kapas agar dapat menyerap Peluh dengan baik. ►Tukar stokin bagi individu yang ada masalah kuat berpeluh. ►Jangan kerap memakai kasut bertutup dan bertali. ►Amalkan memakai sarung tangan getah, khususnya bagi yang terdedah kepada air. ►Jangan sesekali mengopek kulit di sekitar kuku, ianya akan member laluan fungus Memasuki badan anda dan membiakkan jangkitan. ►Langkah yang terbaik elak jangkitan dan mencegah jangkitan ialah memilih kasut Yang ada ruangan udara keluar masuk. Lembabkan kuku dengan losyen, terutama Selepas lama terperap dan selepas lama terdedah pada air. ►Sapukan cecair pembasmi kulat yang mengandungi bahan aktif yang disyorkan Untuk menghapuskan pelbagai jenis kulat.

Leave a Reply