You are currently viewing Masalah Kemurungan

Masalah Kemurungan

Assalamualaikum saya Imran berasal dari Perak. Baru-baru ini, salah satu ahli keluarga saya mengalami masalah kemurungan, oleh itu saya ingin mengetahui lebih lanjut apakah tanda-tanda masalah kemurungan, punca-punca dan apakah langkah-langkah untuk mengelak daripada berlakunya kemurungan?
TANDA-TANDA KEMURUNGAN
  • Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  • Berasa putus asa dan tidak mempunyai harapan teutamanya untuk hidup.
  • Hilang keseronokan, hilang tumpuan, dan hilang minat.
  • Hilang selera makan dan berat badan.
  • Gangguan tidur.
  • Hilang keinginan seksual.
  • Gangguan kitaran haid dan cepat lesu.
PUNCA-PUNCA KEMURUNGAN
  • Ketidak seimbangan kimia dalam otak
  • Punca keturunan
  • Persekitaran hidup atau kehilangan orang tersayang.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan
  • Gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm
  • Corak pemikiran
  • Tekanan hidup
  • Pengambilan dadah dan arak.
MENGELAK KEMURUNGAN
  • Belajar menjadi tenang dan bersabar.
  • Jangan terlalu “high expectation” sehingga sukar di capai.
  • Merancang tugas agar lebih teratur.
  • Banyakkan aktiviti kemasyarakatan.
  • Setiap keputusan berat harus di bincangkan bersama.
  • Tingkatkan kenyakinan diri sertai kursus-kursus motivasi.
  • Berusaha membantu diri sendiri.
  • Jangan menyalahkan diri atas sesuatu kegagalan.

Leave a Reply