You are currently viewing Kemerahan Mata

Kemerahan Mata

Afzan gemar memakai Contact Lens.Dia gemarkan warna warna yang dapat di gayakan apabila menggunakan contact lens ini. Warna biru , coklat dan hijau merupakan kegemaran Afzan. Dia tidak mengalami masalah pengelihatan. Dia mengunakan contact lens jenis tanpa kuasa, Afzan berasa risaukerana kerana mata nya tiba tiba merah berair. Mata berasa pedih dan berat. Apabila berjumpa Dr mata, dia di beritahu bahawa mata nya mengalami jangkitan kuman. Dia di berikan ubat dan di suruh agar jangan menggunakan sebarang contact lens selama beberapa bulan. Menurut doctor penjagaan contact lens haruslah bersih dan benar benar bebas kuman.Jangan simpan kontek lens di tempat lembab seperti bilik air, dan berdekatan tingkap. Jangan memberi pinjam kepada sesiapa. Contact lens merupakan alat kosmetik yang tidak boleh di abaikan penjagaan nya. Contact lens yang baik mempunyai kenipisan yang sesuai yang membolehkan oksigen keluar masuk dari mata. Mata kita sebenarnya turut memerlukan oksigen dari udara. Contact lens yang terlalu berat juga akan menekan sel-sel mata ke dalam. Perkara ini membuatkan mata terperosok ke dalam dan boleh menjadi rosak. Kuman yang hinggap akibat penjagaan contact lens yang cuai menyebabkan infeksi. Infeksi mata dipanggil sebagai konjukntivitis.
Mata menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan yang menyelaputi bahagian putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak lagi darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah. Penyakit jenis jenis konjunktivitis. Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk, tembakau, klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari atau menggosok. Gejala-gejala – gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa seperti terdapat pasir. Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik, bulu dari haiwan peliharaaan dll. Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam pada kulit. Konjunktivitis berjangki) – Konjunktivitis jenis ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Mata terlekat bersama, terutamanya apabila bangun dari tidur di awal pagi. Terdapat nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis jenis ini boleh merebak kepada ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain. Mata yang kering. Ini disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang mencukupi. Ia lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. Oleh kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata yang serius, runding dengan seorang doktor. Jika mana-mana keadaan yang biasa berlanjutan melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala berikut :-
  • Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia).
  • Pandangan yang kabur.
  • Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh bahagian putih
  • pada mata.
  • Sakit .
  • Pengeluaran nanah.
  • Cara cara menjaga i mata yang mengalami jangkitan
  • Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang.
  • Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi (runding dengan pegawai farmasi anda).
  • Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan ubat titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan doktor anda.
Cara yang betul menggunakan ubat mata
  • Bersihkan mata.
  • Basuh tangan.
  • Dongakkan kepala ke belakang.
  • Tarik kelopak mata ke bawah.
  • Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm. Jangan biarkan bekas  menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata.
  • Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit.
  • Basuh tangan semula.
Tabiat-tabiat untuk diikuti bagi keselamatn mata
  • Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor.
  • Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang.
  • Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat kerja.
  • Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan.
  • Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan cecair dan salap yang telah pun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya oleh pegawai farmasi anda.
  • Elakkan menggosok mata anda.
  • Merokok dan bilik yang berisi asap.
  • Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain.
  • Pengambilan minuman beralkohol yang melampau
  • Mengabaikan gejala-gejala yang serius.
Penjagaan mata seperti ini sangat mustahak.Alat alatan untuk mata janganlah di simpan di tempat yang berkuman seperti bilik air. Makanan yang penting bagi kesihatan dan kecantikan mata ialah vitamin A . B dan C. Nitrisi demikian boleh di dapati daripada sayur sayuran dan bauh buahan seperti betik tomato dan sayur hijau. Makanan seperti hati kaya dengan vitamin A untuk mata. Oleh itu pastikan makanan kita mengandungi zat makanan yang sesuai.

Leave a Reply