Kanser Mulut

Salam, saya Arole rocka dari Miri, Sarawak. Berumur 23 tahun dan masih menuntut di sebuah Institusi Swasta. Saya telah disahkan kemungkinan menghidap penyakit kanser mulut. Saya juga kerap mengalami mulut kering dan menghadapi kesukaran ketika makan. Apakah penyakit saya ini merbahaya dan apakah punca dan rawatan untuk penyakit saya ini. Saya harap doktor dapat membantu saya. Wasalam..

Kanser mulut terjadi disebabkan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam kawasan mulut. Ia boleh dicegah melalui pemeriksaan sendiri menggunakan cermin muka sahaja. Kesan barah mulut awal dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan elakkan berlakunya hilang upaya yang teruk.

Kawasan mulut yang sering terjadi kanser mulut :

  • lantai mulut
  • lapisan pipi
  • lidah
  • gusi
  • bibir
  • lelangit

Punca :

  • tembakau
  • mengunyah atau menyentil tembakau/pinang
  • perokok
  • minum alcohol berlebihan
  • terdedah pada pancaran matahari berlebihan

Symptom-symptom :

  • ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • ulser mulut tidak sembuh lebih dari 3 minggu
  • gumpulan tisu yang tidak susut selepas rawatan
  • tompokan putih atau merah di bahagian mulut
  • kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan
  • bengkak pada rahang leher dari 3 minggu
  • tiada selera makan dan berat badan menurun
  • haltosis atau nafas berbau

Mengurangkan risiko barah mulut :

  • buat pemeriksaan berkala di klinik
  • lakukan pemeriksaan kanser sendiri
  • tidak menyentil tembakau atau mengunyah tembakau
  • tidak merokok
  • kurangkan pendedahan kepada sinar matahari

Rawatan boleh dilakukan melalui tahap 1 dan 2, peluang pemulihan yang tinggi dan kecacatan muka yang sedikit. Sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu- tisu dan sistem limfa dan sekelilingnya. Pembedahan rekonstruktif ini ialah pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut..

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *