PENGENALAN BENGKEL

Wanita pada masa kini adalah setanding dengan kaum adam. Fakta, kebanyakan penuntut di universiti masa kini majoritinya terdiri daripada golongan wanita. Tahap kecerdasan mental wanita dalam zaman serba maju ini amatlah mengagumkan. Namun begitu, tidak ramai wanita berjaya meletakkan diri mereka di kerusi kuasa atasan dalam kebanyakkan organisasi apabila berada dalam dunia pekerjaan.

Situasi ini terjadi kerana berlakunya kekangan dalam kehidupan wanita dari segi mental dan emosi lebih-lebih lagi apabila wanita sudah mula berumahtangga dan melahirkan zuriat. Komitmen dan tanggungjawab pada keluarga seringkali membuatkan wanita tidak dapat mengejar arus perjalanan dunia pekerjaan yang sangat pantas.

Wanita seringkali mengaku kalah, mula menyerah kepada tekanan, menjadi tidak sihat dan akhirnya memilih untuk berhenti bekerja bagi menguruskan rumahtangga. Namun begitu, adalah amat penting bagi setiap wanita untuk memastikan kesihatan diri, kecantikan serta kestabilan minda mereka berada pada tahap yang optimum bagi melangsungkan kehidupan seharian mereka dengan lebih bermakna.

OBJEKTIF

Objektif bengkel ini adalah untuk membina kesedaran dan kemahiran dalam hal-hal seperti berikut:

  • Kesihatan
    • Mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan yang optima
    • Mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang seringkali dihidapi wanita bekerjaya
    • Asas kesihatan mental dan minda
    • Asas pemakanan yang sihat dalam kehidupan yang sibuk
  • Kecantikan
    • Teknik untuk kelihatan cantik dan bertenaga
    • Mengenalpasti punca dan risiko yang membuatkan wanita menjadi lebih tua daripada usia sebenar
  • Keyakinan diri
    • Penjenamaan diri
    • Mengenalpasti teknik untuk mendapatkan keyakinan diri
    • Mengenalpasti potensi diri dan menggunakannya

PESERTA YANG PERLU HADIR :

  • Wanita berusia 20 hingga 60 tahun, yang belum dan sudah berkahwin.
  • Wanita yang mahu memulakan langkah baru dalam kerjaya
  • Wanita yang mempunyai kerjaya yang sangat mencabar dan tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
  • Wanita yang kurang keyakinan diri.

PESERTA AKAN BELAJAR TENTANG :

  • Mengenalpasti cara yang tepat untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan yang optima
  • Mengenalpasti punca gangguan mental
  • Mengetahui bagaimana untuk mengelak daripada mengidap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tekanan pekerjaan
  • Belajar tentang menghadapi penyakit dan tekanan serta bagaimana untuk menyelesaikannya
  • Belajar memilih makanan yang sesuai untuk kehidupan bekerjaya yang sangat sibuk
  • Mempelajari tentang teknik-teknik kecantikkan
  • Mempelajari cara untuk melakukan penjenamaan diri
  • Belajar teknik mendapatkan keyakinan diri dan mengenali potensi diri serta cara untuk menggunakannya

BAGAIMANA PESERTA AKAN MENDAPAT MANFAAT?

  • Membantu dalam menggalakkan dan mengekalkan kesihatan badan dan mental yang baik
  • Menggalakkan kehidupan yang sihat
  • Mengelakkan penyakit kronik
  • Menikmati keseronokkan alam pekerjaan tanpa tekanan
  • Membantu dalam meningkatkan tahap keyakinan diri
  • Mengalakkan penjenamaan diri yang lebih baik

METODOLOGI BENGKEL

  • Ceramah daripada penceramah jemputan
  • Konsultasi
  • Sesi soal jawab
  • Demonstrasi 

NILAI-NILAI YANG DIBAWA PULANG

  • Peserta dapat mempelajari pelbagai ilmu dan teknik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka
  • Membuka minda tentang dunia wanita dan meningkatkan keyakinan diri

TOPIK PILIHAN

Anda bebas untuk memilih mana-mana topik di bawah yang anda ingin doktor huraikan sewaktu bengkel yang akan anda anjurkan.

TOPIK KESIHATAN & ANTI PENUAAN

  1. Bagaimana Hormon Mempengaruhi Anda
  2. Pulihkan Hormon Yang Rosak
  3. Nutrisi Hebat Bagi Kehidupan Sihat
  4. Tingkatkan Kesihatan Dan Stamina Dengan Pemakanan Sihat

TOPIK KESIHATAN & BERAT BADAN

  1. Pulihkan Hormon Untuk Kurus
  2. Masalah Hormon Dan Jenis Tubuh (Body Type)
  3. Teknik Langsing Pantas

TOPIK KECANTIKAN

  1. Tips Tingkatkan Kolagen Pada Kulit Secara Semulajadi
  2. Makan Untuk Cantik Dan Sihat
  3. Teknik Hilangkan Kedutan
  4. Cara Hapuskan Pigmentasi

KESIMPULAN

Bengkel ini  adalah sebuah program bersepadu yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah kesihatan dan kesedaran mental, gaya hidup sihat, kecantikkan, kesedaran dan keyakinan diri, penjenamaan serta pembangunan kendiri.

Kami percaya bahawa bengkel ini akan meningkatkan dan memperkukuh pengetahuan ramai wanita demi membina sebuah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Klik di sini untuk menjemput Dr Rushmini >>>