BIJI KOLESTROL PADA MATA MENGGANGGU PENAMPILAN. JANGAN RISAU, ADA CARA SELAMAT DAN PANTAS UNTUK MENGHILANGKAN BIJI KOLESTROL!

Mata merupakan antara daya penarik bagi seorang individu. Memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian semua orang, terutamanya kaum wanita. Xanthelasma atau tompokan kuning pada mata ini tidak menyakitkan atau gatal dan tidak menjejaskan penglihatan namun Xanthelasma ini sangat aktif dan mampu membesar dalam jangka masa yang singkat. Ianya akan menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Jangan risau masalah tompokan kuning ini boleh dirawat tanpa ada kesan sampingan.

TIDAK BAHAYA TAPI AKAN MENGGANGGU PENAMPILAN DAN IA AKAN TERUS MEMBESAR JIKA TIDAK DIBUANG

APA ITU XANTHELASMA?

Xanthelasma adalah sejenis kantung atau plak kuning seperti gumpalan lemak yang biasanya muncul di atas atau di bawah kelopak mata, tepatnya di sudut mata yang biasanya akan membesar kerana Xanthelasma ini adalah aktif dan biasanya muncul pada kulit mereka yang berusia 40 an ke atas dengan nisbah 1:4 antara lelaki dan wanita.

Xanthelasma ialah jenis xanthoma (mendapan kolesterol) yang paling biasa yang menjejaskan kulit anda. Walau bagaimanapun, hanya kira-kira 1% orang yang mempunyai xanthelasma.

Secara mudah, sesiapa sahaja boleh mengembangkan keadaan ini. Tetapi risikonya akan lebih tinggi jika:

  • Anda seorang wanita
  • Berusia antara 30 hingga 50 tahun
  • Berketurunan Asia atau Mediterranean
  • Mempunyai tabiat merokok
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Berdepan masalah obesiti
  • Menghidap diabetes
  • Tahap lipid – lemak dalam darah, termasuk kolesterol – yang tinggi secara tidak normal

Bagaimana Cara Menghapuskan Xanthelasma?

Di Marissa Aesthetic, pakar kami menggunakan teknik Cyro Ablative yang menembusi ke lapisan bawah kulit (dermis) bagi menghancurkan xanthelasma itu. Setelah ianya dihancurkan, xanthelasma akan hilang dengan mudah tanpa ada kesan sampingan dan tidak memerlukan prosedur pembedahan.

Xanthelasma hanya boleh hilang dengan beberapa rawatan medikal aesthetic yang berteknologi moden sahaja dan rawatan ini hanya boleh dilakukan oleh Doktor Pakar Kecantikan yang bertauliah. Sebab itu lebih baik dapatkan saranan doktor pakar dahulu dan jangan mudah terpedaya dengan produk yang mengatakan mampu hilangkan Xanthelasma.

Mereka Sudah Berjaya Hapuskan Tompokan Kuning, Jom Lihat Hasil Selepas Mereka Buat Rawatan

    Lokasi Pilihan (*)

    Rawatan Pilihan (*)