Ketahui Rahsianya Bagaimana Wanita Berumur 40an Boleh Kelihatan Awet Muda Seperti Remaja Hanya Di Program Beauty Talk by Dr. Rushmini Maris

USIA tidak menjadi penghalang untuk mana-mana wanita tampil cantik dan berkeyakinan. Mungkin ramai yang berasa rendah diri apabila usia sudah menghampiri angka 40 dan ke atas, mana tidaknya ada yang sudah bertukar status sebagai seorang nenek, wajah menunjukkan tanda-tanda penuaan, kulit mula kendur manakala badan mudah berasa sakit.

Ramai wanita amat menitikberatkan aspek kecantikan diri ketika usia muda namun ia semakin dilupakan seiring peningkatan usia. Hakikatnya, walaupun ramai yang beranggapan kecantikan bukanlah perkara utama yang perlu difikirkan lagi namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi emosi anda sekali gus memberikan kesihatan diri yang lebih baik

Siapa Yang Patut Join The Rose Health & Beauty Session?

Masalah Yang Sering Dilema Wanita Pertengahan Usia

  • PENUAAN KULIT

Bagi wanita yang mementingkan penampilan, pastinya menganggap garisan atau kedutan pada wajah sebagai ‘cacat cela’ yang perlu dielak. Kesihatan kulit kita mudah terkesan dengan banyak faktor penuaan seperti terdedah kepada matahari, cuaca buruk dan tabiat buruk. Terdapat juga faktor yang kita tidak boleh kawal iaitu cuaca dan penuaan. Terdapat juga faktor yang boleh diubah iaitu cara hidup, diet, warisan dan tabiat peribadi lain.

Semua faktor ini menyumbang kepada pemusnahan sel yang membawa kepada kedutan pramatang dan tompokan penuaan. Masalah ini menjadi kebimbangan utama kepada wanita kerana pada tahap ini, kecantikan mereka mulai pudar. Proses penuaan berlaku secara berperingkat bermula daripada kulit, lemak di muka dan tulang tengkorak di bahagian mata.

  • PERUBAHAN BENTUK BADAN

Bagi wanita, perubahan bentuk badan ini lebih ketara. Disebabkan proses kelahiran anak, berat badan mula meningkat, badan lebih cepat terasa penat, kurang berdaya dan mungkin senang mendapat penyakit. Namun bagi sesetengah individu pula peningkatan usia tidak memberikan kesan ketara disebabkan beberapa faktor seperti amalan pemakanan .

Secara fitrahnya semua wanita akan menunjukkan perubahan fizikal selari usia mereka. Namun apa yang membezakannya cara penjagaan pemakanan dan amalan senaman yang akan menentukan kecepatan atau lambatnya proses penuaan ini.

Sebab itu pentingnya golongan ini menjaga pemakanan. Semakin kita berumur, peningkatan berat badan akan terjadi sekiranya pola pemakanan masih sama seperti waktu muda. Disebabkan perubahan hormon, kadar metabolisme badan semakin menurun. Oleh itu, cara pemakanan perlu berubah dan bersesuaian dengan keadaan tubuh seseorang.

  • MENOPAUSE

Lazimnya menopaus berlaku pada wanita yang berusia 52 tahun namun ada juga bermula seawal usia 45 tahun. Namun kebiasaannya wanita Malaysia mengalami menopaus sekitar usia 45 sehingga 52 tahun. Sebelum putus haid, wanita akan melalui fasa peralihan dikenali sebagai pramenopaus yang membuatkan sesetengah mereka berasa panas dan kurang selesa.

Pemakanan, gaya hidup dan genetik turut mempengaruhi gejala menopaus sehinggakan ada wanita takut untuk melalui saat sebelum menopaus kerana tidak mahu berhadapan rasa panas dan beremosi. Namun sebenarnya semua gejala ini boleh diatasi menerusi rawatan hormon yang bersifat sementara.

  • RAMBUT BERUBAN

Folikel rambut mempunyai sel pigmen yang menghasilkan melanin yang berfungsi sebagai zat yang memberi warna pada rambut. Lazimnya, semakin usia meningkat sel-sel ini akan mula mati dan pigmen akan berkurangan. Apabila tidak mempunyai pigmen, setiap helai rambut akan mula menjadi lebih ringan.

Lama kelamaan, perlahan-lahan rambut juga akan bertukar menjadi warna putih. Ini proses yang normal bagi orang-orang yang sudah berusia.Menurut kajian, rambut hitam yang bertukar menjadi putih sebelum masanya selalunya mempunyai kaitan dengan masalah seperti genetik, kurang vitamin, stres atau tekanan, pengambilan ubat-ubatan, penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian, faktor gaya hidup dan sebagainya.

Kekurangan vitamin B6, B12, biotin, vitamin D dan E dapat mendorong proses penuaan rambut kerana tubuh kurang zat. Ini mempengaruhi pigmentasi lalu membuat rambut mula bertukar warna kelabu dan putih.

  • STAMINA

Semakin usia bertambah, stamina badan juga secara beriringan akan berubah. Walaupun tidak kelihatan, fungsi sistem di dalam badan perlahan-lahan akan mengalami penurunan. Oleh kerana itu, adan memerlukan strategi agar badan tetap sihat dan cergas walaupun sudah menginjak 40 an ke atas. Salah satu cara menjaga kesihatan badan ialah dengan cara menjaga pola pemakanan.

Di usia ini, biasanya ramai yang mengalami kesulitan untuk menurunkan berat badan mereka. Orang yang tidak menjaga pola pemakanannya lebih cenderung untuk gemuk bahkan mengalami obesiti. Hal ini terjadi kerana metabolisma badan mulai menurun.

Apa Itu The Rose Beauty & Health?

The Rose Beauty & Health Session ini lebih fokus kepada penjagaan diri dari aspek kesihatan dan kecantikan untuk semua para wanita yang berusia 40-60 an. Dr. Rushmini Maris selaku founder kepada Marissa Aesthetic mengadakan The Rose Health & Beauty Session bagi membantu wanita-wanita diluar sana yang mengalami masalah seperti penuaan, menopause, berat badan dan kekurangan stamina.


 

 

Apa Yang Anda Dapat Di The Rose Health & Beauty?

 

 

 

ATAU ISI BORANG DI BAWAH

    Lokasi Pilihan (*)

    Rawatan Pilihan (*)